Isnin, 15 Ogos 2011

AWAK

Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada juga hati yang puji
Jadi you can always count on me...

Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadi senyum pun tak guna

Awak,
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak

Awak,
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the good lucks and take care hari2

Awak,
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa macam jauh gila
Padahal tak sampai sedepa

Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap apa
Jadi saya pergi mcm tu sahaja

Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya masih disini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak,
Hari ni saya nampak awak kat Mc D
Tapi awak tak macam dulu lagi, dah berteman
Jadi saya terdiam sendiri

Awak,
Hari ni saya dah janji...nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi

Awak,
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah tiada harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri


Awak,
Mungkin saya bermimpi di siang hari
Awak tidak menyedari perasaan saya selama ini
Tapi
Mungkin ini takdir Illahi
Walau apa pun terjadi
Awak tetap sahabat terbaik pernah saya kenali
(Adaptasi dr sahabat..tiada kaitan dgn hidup mahupun yg tlh meninggal dunia..just want to share..hehehe ('',)V PEACE!!)